Pages

Saturday, 9 March 2013

BELI PAKAIAN

Remaja dan fesyen tidak dapat dipisahkan
kekadang bila keluar shopping dengan ibu bapa----> terasa...KENAPA????
Kenapa saya perlu pilih dan beli apa yang saya tak suka?
Kenapa ibu bapa saya yang membuat keputusan untuk diri saya?
Kenapa saya diberi masa yang terhad?
Kenapa tidak boleh membeli pakaian yang mahal?
Kenapa  mesti hampir sama warna atau corak dengan adik-beradik yang lain?

Tuesday, 5 March 2013

KISAH HELANG- 2 PILIHAN UTK TERUS HIDUP ATAU MATI..

SAYA PINJAM BAHAN DARIPADA BLOG WONDERFUL LIFE
Jadilah HELANG yg NELANG

JANGANG  JADI NELANG SANGAT GOK...
NELANG NYA  MUNG....
PESENGANG ORANG NELANG TU...
KALU NELANG, MARILAH BERLAWANG
ORANG NELANG TAK APE BELAKER...

WALAUPUN MAKSUD berbeza mengikut tersurat tetapi kenapakah orang kampung saya... orang Teganung menyamakan NELANG dengan GAGAH... KUAT... PERKASA... BERANI... TAK PUTUS ASA... adakah sama dengan cerita yang saya dengar... Ada benarnya apa yang saya baca...  Mungkin ada kisah tersirat yang mengaitkan NELANG dengan HELANG...
 Helang mampu hidup sehingga 60 hingga 70 tahun dalam kitaran hayatnya. Bagaimanapun untuk hidup selanjut itu banyak cabaran dan perubahan perlu dibuat dan ditempuh oleh seekor helang. Apabila seekor helang mencapai umur 40 tahun tiga perkara besar berlaku dalam hidupnya. Pertama kukunya sudah menjadi terlalu panjang dan agar sukar untuk lebih cekap dan mantap mencengkam mangsa. Kedua, paruhnya menjadi semakin bengkok dan agak sukar untuk mengoyak dan menggigit mangsa. Ketiga, sayapnya dan bulu semakin berat dan ini menyebabkan pergerakan menjadi lembab dan kurang pantas.
 Dalam situasi ini helang ini mempunyai dua pilihan. Terus hidup atau mati. Keputusan perlu diambil. Perubahan perlu dilakukan. Jika pilihan untuk terus hidup menjadi keputusan maka helang akan terbang ke pergunungan . Di sana nanti demi untuk survival ia perlu menanggung segala kesakitan dan kepayahan. Helang tadi akan mencari batu yang kuat dan akan mematahkan paruhnya. Kemudiaan ia menunggu beberapa lama sehingga tumbuh paruh baru yang kuat. Dengan paruh baru itulah helang akan mencabut kukunya yang panjang. Sekian waktu kuku baru yang kuat pula akan tumbuh. Dengan paruh dan kuku baru ia akan mencabut bulu sayap dan badannya. Tempoh sukar itu akhirnya berakhir yang memakan masa selama lima bulan. Selepas itu ia mampu hidup dengan gagah untuk tiga puluh lima tahun akan datang.


ADAKAH ANDA...
 SAMA NELANG DENGAN BURUNG HELANG
ATAU 
MENARIK DIRI 
DAN 
TERUS HILANG..
TAK NAMPAK BAYANG...

Sunday, 10 February 2013

PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT

Masalah utama REMAJA..
Orang dewasa pun adajugak tapi ..bbiasalah..kita remaja lebih concern
Kadang-kadang terasa jemu mencuba pelbagai cara
beli ubat dah bermacam-macam
tak cukup sapu siang.. malam pun sapu..tengah hari sental
Jerawat masih degil

Saya terbaca beberapa petua antaranya  ialah
- sapu lendir daun lidah buaya

- minum air pegaga
-rendam beras semalaman, lepas tu giling atau tumbuk
dan tempekkan ke muka- macam bedak sejuk
yang ni dulu nak cuba
Jom cuba sama-sama lepas tu beri respon yer


Friday, 21 December 2012

Seni Dalam Lanskap


Topiary adalah satu bentuk seni yang melibatkan pemangkasan dan latihan tumbuhan hidup dengan menggunting dedaunan dan ranting pokok-pokok dan pokok renek untuk mencipta  hasil seni. Dedaun yang dipotong ke dalam bentuk geometri mudah untuk membentuk sempadan dan pagar. Saya paparkan  gambar-gambar topiary pelik dan menarik yang diperolehi daripada goole images. Jom layan.

Beijing Olympic Topiary
dipamerkan pada Sukan Olimpik ke 29 tahun 2008



Shanghai's Century  Park Musician


Neiman-Marcus Dragon Topiary

Panda Topiary in China

Gravity-Defying Dolphin Topiary
 Row Boat Topiary 

Lawn Furniture

Thailand 's Amazing Owls